Nasihat Untuk Mendapat Rahmah, Maghfirah dan Bebas Dari Api Neraka

Hadis Rasulullah s.a.w. menyebut bahawa terdapat tiga bentuk ganjaran diberikan Allah kepada hamba-hambaNya sepanjang  bulan Ramadan, iaitu rahmah (rahmat), maghfirah (keampunan) dan `itq min al-nar (bebas daripada api neraka). Rahmah terdapat di dalam sepuluh hari pertama bulan Ramadan, maghfirah terdapat di dalam sepuluh hari keduanya dan `itq min al-nar  terdapat di dalam sepuluh hari terakhirnya. Begitu mudah kita membilangnya, tetapi tidak semudah itu untuk kita mendapatkannya. Ia terikat…