BPR Sita RM25 Juta Harta Rasuah
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) — Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyita sejumlah RM25 juta serta melucut hak harta bernilai RM206,000 yang diperoleh secara rasuah tahun lepas, hasil daripada tindakan tegasnya membanteras gejala rasuah di negara ini. Timbalan Ketua Pengarah BPR Datuk Zakaria Jaffar berkata tindakan itu dibuat menerusi penguatkuasaan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA)…