Pendidikan Alam Sekitar Berasaskan Agama
Rupa-rupanya, masih ramai Muslim di luar sana yang tidak mengetahui, hatta memahami bahawa pemeliharaan alam sekitar adalah satu tanggungjawab agama. Inilah satu antara beberapa kesimpulan yang diperoleh daripada Seminar “Penjanaan Pendapatan untuk Wanita Melalui Aktiviti Kitar Semula” anjuran IKIM, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar. Kenyataan ini membawa kepada beberapa cadangan…