Tegur pemikiran, bukan peribadi

Tidak berapa lama dahulu, saya dimaklumkan oleh seorang kenalan rapat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima beberapa aduan daripada orang-orang tertentu berkenaan apa yang dianggap teguran saya terhadap pihak yang digelar ‘ulama’ berikutan penyiaran makalah saya “Mengubah Minda Melayu” (Mingguan Malaysia, 15 April 2007). Nampaknya teguran-teguran yang terkandung dalam makalah itu dianggap…