Cabaran Institusi Perkahwinan Hari Ini

Perkahwinan dibina disebabkan pelbagai alasan. Apa pun alasan tersebut, tujuannya adalah untuk mencapai sebahagian daripada kesempurnaan hidup. Perkahwinan yang dibina secara terpaksa, biasanya tidak kekal kerana tiadanya kesediaan untuk bertolak ansur atau saling memberi dan menerima. Apabila pihak-pihak bersetuju untuk membina perkongsian hidup, setiap pihak akan menentukan sejauh mana kesediaan masing-masing untuk berkongsi dan bertasamuh.…