Pengajaran dan Pembelajaran Sains Yang Menarik

Di Malaysia, bidang sains merupakan satu bidang yang mendapat perhatian yang tinggi. Malah, bidang ini juga dianggap sebagai satu bidang yang penting untuk “mengekalkan pembangunan ekonomi, memperbaiki mutu hidup dan keselamatan negara” (Dasar Sains Negara). Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan agar bidang sains diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini.…