Tanggungjawab Besar Ilmuwan Menyampaikan Nasihat

Nasihat dan peringatan begitu diperlukan oleh manusia kerana dengannyalah mereka akan didorong untuk sentiasa berada dalam kebaikan dan kebenaran. Dalam beberapa ayat-Nya, Allah s.w.t. menegaskan kepentingan peringatan kerana ia mendatangkan manfaat, khususnya kepada golongan yang beriman. Kepentingan nasihat juga ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam Hadith Baginda sehingga dikatakan bahawa agama Islam itu sendiri merupakan nasihat.…