Amanah : Prinsip Yang Semakin Dipinggirkan
Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu di atas mukabumi ini berkisar di sekitar prinsip amanah yang telah diletakkan ke atas dirinya. Dalam erti kata lain manusia tidak dapat lari daripada menunaikan tanggungjawab amanah ini, bermula dari akil baligh seorang manusia hinggalah kepada hembusan nafas yang terakhir. Dari segi bahasa Arabnya amanah membawa maksud tenteram, aman, terselamat…