Meraikan Kunjungan Tetamu Yang Mulia
Sama ada ia dinanti atau kunjungannya disambut dengan hati yang sepi, ia tetap datang lagi. Namun, Baginda Rasulullah SAW mengatakan bahawa kita seharusnya menyambutnya dengan penuh kegembiraan. Gembiranya hati menyambut kehadiran tetamu yang Allah SWT muliakan ini menandakan wujudnya iman di hati. Dalam sebuah Hadis, Rasulullah menyebut, “Telah datang kepadamu bulan Ramadan, penghulu segala bulan,…