Undang-Undang Untuk Dihormati Bukan Digeruni
Apabila disebut perkataan undang-undang, ramai yang agak gementar. Mereka akan membayangkan mahkamah, hakim, peguam, polis, penjenayah, penjara dan macam-macam lagi. Apakah yang dimaksudkan undang-undang? Undang-undang bermaksud apa-apa yang telah digubalkan atau ditentukan oleh sesuatu pihak berkuasa dan apa-apa yang dihasilkan mempunyai kekesanan undang-undang. Undang-undang adalah peraturan-peraturan mengenai kelakuan yang mesti dipatuhi oleh semua orang…