Berfikir Tentang Demokrasi dan Demonstrasi
Ditulis oleh Md. Asham bin Ahmad Diterbitkan : Dalam bahasa Melayu perkataan ‘demonstration’ telah diterima dan dimelayukan menjadi ‘demonstrasi’. Kalau dahulu ia diterjemahkan kepada ‘tunjuk perasaan’, dan frasa itu sebenarnya lebih mudah difahami. Perbuatan menunjuk perasaan, pada hari ini, dianggap sebagai suatu kebiasaan dan sebahagian dari hak kebebasan. Kebiasaannya perasaan yg ditunjukkan itu adalah perasaan…