Forum Bicara Ad Deen

IKIM telah menganjurkan Forum Bicara Ad Deen bertajuk ‘Fitrah Alami’ pada 19 Julai 2019 bertempat di Dewan Besar IKIM. Forum disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Fachruddin Majeri Mangunjaya, Felow Pelawat dan gandingan bersama dengan Pn. Rosmidzatul Azila Mat Yamin, Felow, Pusat KIAS serta perantara forum adalah En. Syafiq Zulakifli yang merupakan Penerbit Radio IKIM.

Sesi Perbincangan Kerjasama IKIM-RIMBA

Sesi perbincangan antara IKIM dengan RIMBA dipengerusikan oleh Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM telah diadakan pada 22 Julai 2019, bertempat di Bilik Gerakan IKIM. RIMBA diketuai oleh En. Akmal Razali, Kordinator Rimba dan perjumpaan bertujuan untuk pihak RIMBA mengemukakan beberapa cadangan kerjasama disamping jalinan strategik yang boleh diusahakan bersama.