Sesi perbincangan antara IKIM dengan RIMBA dipengerusikan oleh Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM telah diadakan pada 22 Julai 2019, bertempat di Bilik Gerakan IKIM. RIMBA diketuai oleh En. Akmal Razali, Kordinator Rimba dan perjumpaan bertujuan untuk pihak RIMBA mengemukakan beberapa cadangan kerjasama disamping jalinan strategik yang boleh diusahakan bersama.
