PERUTUSAN SAMBUTAN TAHUN BARU 2021 OLEH YABHG TUN AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID, PENGERUSI INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala oleh kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat melangkah ke satu lagi tahun baharu masihi iaitu tahun 2021. Pada tahun 2020 kita telah diuji dengan wabak pendemik COVID-19. Dalam menghadapi wabak itu, kita semua sentiasa berpandukan kepada firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam ayat kelima dan keenam daripada Surah Al-Insyirah…