Tuduhan Qazaf Satu Kesalahan Jenayah Syariah
Menuduh seseorang muslim dengan tuduhan yang tidak berasas merupakan amalan masyarakat yang tidak bertamadun. Ini kerana, suasana harmoni di negara kita telah dicemarkan dengan budaya sebegini sehingga sanggup membuat tuduhan besar yang boleh menjatuhkan kehormatan diri seseorang insan.