Faham Yang Benar Asas Keluarga Bahagia

Imam al-Ghazali dalam karyanya Kimiya’ al-Sa‘adah menyebut bahawa “Rumah tangga itu merupakan sebuah institusi agama, justeru perlu disantuni menurut panduan agama.” Apabila panduan agama mula diabaikan dan disempitkan kepada ritual semata, maka institusi asas ini sudah lagi tidak berdaya mewujudkan ketenangan dan kebahagiaan malah ini mendorong ahli rumah tangga mula mencari alternatif lain. Budaya healing atau penyembuhan diri merupakan fenomena yang semakin mendapat perhatian masyarakat umum. Impak budaya ini akhirnya mula menular ke banyak aspek seperti penerbitan buku, penghasilan kandungan di media sosial termasuklah penganjuran program bersifat motivasi.