Ziarah dan Menjaga Silaturrahim: Tuntutan Mulia Sepanjang Zaman
Bulan Syawal sudah melabuhkan tirainya, namun amalan dan semangat Aidilftri perlu diteruskan. Umat Islam di Malaysia khususnya sangat terkenal dengan budaya “balik kampung” atau lebih tepat amalan menyambung silaturrahim sesama kaum kerabat dan sanak saudara. Secara tidak langsung, amalan ini dapat mempereratkan semula hubungan sesama keluarga yang telah lama berpisah akibat kesibukan kehidupan bekerja dan berkeluarga di ibu kota.

