Menoktahkan Kemiskinan : Antara Pandangan Pesimis dan Amanah Kepimpinan
Kebelakangan ini, timbul pandangan dalam wacana awam yang melabelkan usaha menoktahkan kemiskinan sebagai sesuatu yang bukan fitrah di dunia. Pandangan seperti ini, walaupun kedengaran realistik, sebenarnya mencerminkan satu sikap pesimis yang amat merugikan. Ini bukan lagi sekadar perbezaan pendapat, tetapi satu isyarat putus asa yang seolah-olah menganggap kemiskinan sebagai takdir yang tidak boleh diubah.