Pengaruh Bukan Datang Daripada Kedudukan, Tetapi Tanggungjawab

Setiap insan mempunyai peranan untuk memberikan kesan kepada pembentukan persekitaran sosial, pendidikan dan akhlak generasi akan datang. Sikap dan tindakan seseorang terhadap peranan yang diamanahkan kepadanya menentukan sejauh mana pengaruhnya dihormati, diteladani, ataupun ditolak. Apabila sesuatu peranan itu diabaikan, akan hilanglah kewibawaan dan pengaruhnya. Maka, pengaruh bukan datang asbab kedudukan, tetapi kerana komitmen terhadap tanggungjawab itu sendiri.