Membentuk Tabiat Sihat Pada Bulan Syaaban
Tibanya bulan Syaaban menandakan bahawa Ramadan akan menjelang tidak lama lagi. Pada bulan ini, umat Islam digalakkan untuk membanyakkan puasa sunat bagi mempersiapkan diri menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan meraih ganjaran pahala sebanyak-banyaknya.