Islam Berkemajuan dan Cabaran Masyarakat Moden

Istilah “Islam Berkemajuan” mungkin kedengaran asing atau sedikit janggal bagi segelintir pihak. Malah, ada yang curiga seolah-olah istilah ini membawa agenda baharu yang terpisah daripada arus perdana Islam. Namun bagi mereka yang menelusuri sejarah gerakan pembaharuan Islam di Nusantara, istilah ini bukanlah sesuatu yang asing bahkan telah lama berakar, khususnya melalui gerakan tajdid seperti Muhammadiyah di Indonesia yang berusaha mengembalikan umat kepada kesucian ajaran Islam, sambil menyesuaikannya dengan tuntutan zaman