Meninjau Kembali Makna dan Realiti Keharmonian Masyarakat Majmuk

Sebagai sebuah negara yang berbilang agama dan kaum, Malaysia tidak terlepas daripada cabaran perpaduan meskipun seruan keharmonian terus diulang saban tahun. Isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum masih terus timbul dalam pelbagai bentuk sama ada melalui polemik penggunaan istilah tertentu, penghinaan terhadap agama mahupun pertikaian berkaitan identiti budaya dan bahasa.