Bangsa yang Terpilih

Petang itu adalah satu lagi petang Ahad yang indah. Sinar mentari menghangatkan bumi setelah hujan semalaman, suatu hari yang amat sesuai bagi ibu bapa dan keluarga berkumpul bersama. Demikianlah suasana di rumah saya, jadi saya mengambil keputusan membawa anak-anak ke taman berhampiran rumah. Mereka mahu berlari-lari, menunggang basikal dan bermain-main. Kami berjalan-jalan di taman itu…

Sumbangan Ahli Perubatan Islam

As‘ad b. Ilyas b. al-Matran dianggap ahli perubatan terpenting dinasti Ayyubi. Dilahirkan di Damsyik Ibn Matran berasal dari rangkaian ahli perubatan yang mahir dalam ilmu perubatan Yunani di samping ilmu-ilmu perubatan Islam. Dari usia awal beliau menunjukkan minat dalam ilmu-ilmu perubatan sebahagiannya disebabkan oleh bapanya seorang ahli perubatan terkenal yang telah mendidik secara senyap anak-anaknya…

Antara Pemikiran Timur dan Barat

Dalam sejarah kebudayaan, terdapat tiga darjat pemikiran yang bersifat tetap (permanency). Yang pertama berhubung dengan pemikiran perseorangan yang berpaut kepada pengalamannya perseorangan. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan pemikiran perseorangan mengalami kekeliruan dan hapus dalam peredaran masa, seperti binasa dan musnahnya diri seseorang. Justeru itu, darjat pertama tadi kurang kekal berbanding dengan darjat kedua yang berhubung dengan…

Tinjauan Ringkas Sejarah, Falsafah Dan Teori Muzik Islami

Pada umumnya muzik dilihat sebagai suatu seni untuk tujuan hiburan, akan tetapi ia juga boleh dianggap sebagai suatu sains yang tersendiri, yang mempunyai mauduknya sendiri yang dibahaskan berpandukan kepada manhaj yang khusus baginya. Terdapat suatu nukilan yang terkenal dari Hikayat Seribu Satu Malam: “Bagi sebahagian orang, muzik umpama makanan; bagi yang lain ia seumpama ubat;…

Ibarat Perahu Tanpa Pendayung

Makalah makalah yang lepas berkisar pendekatan siasah serta berkenaan mengubah akal fikiran bangsa Melayu merupakan ikhtiar kami memahami dan mengemukakan suatu jawapan yang bernas lagi bermakna terhadap dilema semasa yang berlegar sekitar rangkai kata ‘Islam hadhari’. Kami telah melakukan hal ini, bermula dengan hasrat Perdana Menteri dan kebimbangan yang dinyatakannya tentang bangsa Melayu khasnya dan…

Renungan Nasib

Sekiranya diteliti ucapan-ucapan siasah Dato’ Onn Ja’afar, kita akan mendapati bahawa apa yang dihasratkan oleh pentad­biran beliau bukan sekadar bertujuan untuk menuntut kemer­dekaan dari kerajaan penjajah British, dan bukan juga bertujuan semata-mata untuk pembangunan kuasa siasah Melayu atau ke arah kemajuan ekonomi orang Melayu. Tujuannya yang lebih besar ialah untuk berjuang menghapuskan sifat haiwaniah manusia…

Kemelut Pemikiran Agama

SEWAKTU sampai di pejabat sehari selepas Krismas, saya perhatikan ada satu halaman daripada akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007 telah diletakkan di atas meja saya. Ternyata kemudian yang ia adalah satu makalah berjudul “Pemimpin gereja menjelaskan penggunaan perkataan ‘Allah’. Saya mula membaca rencana tersebut, dan semakin jauh saya menekuninya semakin memuncak tekanan darah saya.…

Beberapa Wajah Kalām dalam Tinjauan al-Ash‘ari

Zahirnya pemikiran Islami yang terawal, muncul di luar Semenanjung Tanah Arab berkisar tiga lapangan. Medan pertamanya adalah bidang hukum-hakam perundangan. Dalam mendepani keadaan dan persoalan yang baharu, tanpa kewujudan Rasulullah untuk diminta ajaran atau dirujuk nasihatnya secara peribadi, kaum Muslimin perlu menterjemahkan matlamt agama Islam kepada ketetapan undang-undang yang mampu untuk menangani keadaan-keadaan yang baharu…

Islamic Car?

It was another Sunday morning. It had been raining the night before and was still raining the following morning. The sky was still overcast; the sun had not been seen for days. Not exactly the kind of ‘welcome’ to the day; certainly not the kind of day which could put one in a bright cheerful…