Caning and Wisdom in Education: Between Nurturing the Soul and Harming the Body

In the quiet classroom, between the teacher’s voice and the pupils’ reflections, an old practice and unanswered question still lingers: is caning still appropriate as an educational tool, or has the time come for us to shift to a wise approach based on compassion and understanding? This issue is not merely a matter of school discipline. It touches upon the fundamentals of law, Shariah principles, and the human values that shape the future education of our nation’s children.

Pengampunan Anwar Sah, Kukuh dan Berpaksikan Perlembagaan

Pada 16 Mei 2018, negara menyaksikan satu detik bersejarah apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim melangkah keluar dari penjara sebagai seorang insan bebas dengan pengampunan penuh. Peristiwa ini bukan sekadar pembebasan seorang individu; ia adalah manifestasi sebuah proses peruntukan perlembagaan yang kompleks, yang mengesahkan semula kelayakan beliau untuk bertanding menjadi ahli Dewan Rakyat dan akhirnya membuka laluan untuknya ke Pejabat Perdana Menteri.

Kaffarah: Penebus Dosa, Penguat Taqwa dalam Keadilan Moden

Insiden pemandu cuai yang meragut nyawa sering meninggalkan luka mendalam. Saranan Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil selaku Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini agar pemandu yang menyebabkan kematian sedemikian menunaikan Kaffarah dengan berpuasa dua bulan berturut-turut selain hukuman sivil yang bakal dikenakan telah membuka wacana penting dalam masyarakat. Perkara ini menjemput kita untuk menelusuri hikmah di sebalik denda penebus dosa ini dan hubungannya dalam kerangka keadilan hari ini.

Menulis dan Membaca : Medan Kesinambungan Tradisi Cendikiawan

Tradisi membaca, menulis dan menyampaikan ilmu merupakan inti kepada kegemilangan tamadun Islam, melahirkan ulama, saintis dan cendikiawan yang karya mereka menjadi rujukan sepanjang zaman. Dari Baitul Hikmah di Baghdad hingga pusat ilmu di Nusantara, cendikiawan Islam telah menghasilkan kitab-kitab monumental dalam pelbagai bidang seperti agama, sains, falsafah dan sastera. Namun, di era pascanormal yang dipengaruhi media sosial yang ringkas dan cepat, budaya membaca dan pemilikan buku semakin terancam.

Islam Hadhari Strategi Pelaburan Tun Abdullah Dalam Modal Insan Negara

Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima yang menerajui negara dari tahun 2003 hingga 2009, merupakan sosok yang sering dikenang sebagai seorang negarawan berjiwa luhur, pemimpin berwawasan Islam progresif dan pemacu pembangunan insan serta nilai integriti dalam pentadbiran. Di sebalik pendekatan beliau yang lembut dan bersederhana, tersimpan keberanian besar untuk melakukan pembaharuan yang menyentuh akar struktur pentadbiran, masyarakat dan keagamaan di Malaysia.

Ilmu Dangkal, Akhlak Pudar, Hormat Luntur Adalah Resepi Kemunduran dan Perpecahan

Tahun ini Malaysia mencapai 68 tahun kemerdekaan, namun pemikiran dan sikap segelintir rakyatnya masih terbelenggu dengan mentaliti penjajahan. Dalam era kematangan kemerdekaan ini, isu-isu seperti penghinaan terhadap agama dan kaum tidak seharusnya timbul lagi. Namun begitu, kita masih menyaksikan insiden yang mencerminkan kurangnya kefahaman dan toleransi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Keadaan ini menunjukkan bahawa kita mungkin hanya merdeka pada nama, tetapi tidak pada jiwa dan pemikiran.