“Fiqh sebagai ilmu adalah membahas perbuatan orang yang mukallaf berkaitan dengan hukum syarak yang telah ditetapkan keatasnya untuk di tunaikan. Hukum syarak itu meliputi aspek ibadat, munakahat, muamalat, jenayat, wasiat, wakaf dan sebagainya.
Fiqh berkembang mengikut sesuatu tuntutan keadaan zaman dan tempat yang menerima perubahan. Justeru itu sifatnya tidak beku atau statik, bahkan mampu memenuhi tuntutan perkembangan dan kemajuan semasa yang berlaku pada diri manusia. Jelas fiqh mempunyai ciri-ciri fleksibiliti dan akomdetif.
Ciri-ciri tersebut terbukti berlaku sejak peringkat awal perkembangan fiqh melalui ijtihad. Metodologi ijtihad boleh diambil dari hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud apabila baginda hendak menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman sebagai gavenor. Hadis tersebut mengatakan yang bermaksud:
” Rasulullah s.a. w telah bertanya kepada Muas “Bagaimana kamu menghukum jika dihadapkan kepada kamu sesuatu masalah? Muaz menjawab “Saya akan menghukum mengikut Kitab Allah. Baginda bertanya lagi, ”jika kamu tidak menemuinya di dalam Kitab Allah ?” Muaz menjawab lagi “Saya akan menghukum dengan sunnah Rasulullah. Baginda bertanya lagi, ”jika engkau tidak menemuinya di dalam Kitab Allah dan sunnah Rasulullah”. Muiz menjawab, “Saya akan berijtihad”.
Metod yang sama telah dilakukan oleh saiyidina Umar, apabila beliau melantik Syuraih sebagai hakim. Diantaranya berbunyi “Menghukumlah berdasarkan kepada apa yang nyata kepadamu dari hukum-hukum yang pernah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Andainya engkau tidak mengetahui tentang hukum-hukum dari Rasulullah s.a.w. yang boleh menulongmu, hukumkanlah berdasarkan mana yang nyata kepadamu dari hukum-hukum yang pernah disebutkan oleh para Imam yang berijtihad. Andainya engkau tidak mengetahuinya maka berijtihadlah dan bermesyuaratlah dengan orang yang soleh dan berpengetahuan.”
Khalifah Umar bin Abdul Aziz apabila ditanya mengenal suatu masalah oleh Iyad bin Abdullah, Hakim di Mesir, Umar menjawab, “Aku tidak menemuinya sesuatu yang boleh dijadikan pegangan dalam perkara ini. Aku serahkan saja kepada kamu. Engkau berijtihadlah mengenainya.”
Contoh-contoh yang diketangahkan secara kukuh memberi ruang kepada perkembangan fiqh dan ianya perlu dilakukan oleh ulama yang berwibawa. Setiap peringkat zaman semestinya ada ulama yang berkemampuan untuk memperkembangkan fiqh. Bahkan adalah menjadi tanggungjawab mereka memperjelas dan mentafsirkan sesuatu hukum apabila timbul atau diminta.
Dalam zaman kegemilangan perkembangan ilmu fiqh di negara Islam terdapat di kalangan khalifah yang turut serta dalam majlis ilmu. Pada peringkat ini ulama telah memainkan peranan yang amat berkesan dalam memperkembangan ilmu fiqh. Telah muncul tokoh fiqh yang tidak asing lagi kepada kita seperti Imam Malik. Imam Abu Hanifah, Imam Shafie dan Imam Ahmad. Bahkah ramai lagi tokoh-tokoh fiqh yang timbul selepas mereka. Mereka telah berjaya menyempurnakan tanggungjawab terhadap masyarakat. Mereka dihormati dan mendapat kepercayaan rakyat. Peranan mereka tidak dipertikaikan oleh pemerintah dan umat Islam.
Setelah kejatuhan kota Baqhdad di tangan Hulagu Khan perkembangan hukum fiqh di ketika telah tidak begitu menggalakkan. Ulama telah mulai mengikat aliran pemikiran tokoh-tokoh mazhab, mereka terikat dengan faham sesuatu mazhab. Ulama mulai membataskan perkembangan ilmu fiqh mengikut keadah-keadah tertentu atau memilih aliran tertentu dalam hukum fiqh.
Justeru kerana itu tidak hairanlah kitab-kitab fiqh yang sampai kepada kita pada hari ini, termasuk yang dipelajari di peringkat pengajian tinggi dan yang dimuatkan diperpustakaan adalah kitab-kitab fiqh yang dihuraikan mengikut mazhab tertentu. Bagaimanapun tidak pula dapat menyangkal tentang adanya kitab-kitab fiqh yang mengumpulkan pendapatpendapat ulama fiqh. Akan tetapi pada keseluruhannya adalah bersifat konserverif dan tidak kontemporary.
Pada umumnya isi kandungan kitab tersebut masih didomenasi oleh pandangan ulama dahulu. Amat sedikit di terangkan pembaharuan atau tajdid yang berlaku dalam fiqh. Sedangkan terdapat di kalangan ulama Islam yang membuat pembaharuan atau tajdid dalam hukum fiqh. Tajdid yang berlaku dalam hukum fiqh patut diketengahkan dan disebarkan supaya diperolehi dan diikuti. Dengan demikian pertuduhan yang menyatakan ulama itu jumud dapat dijawab.
Kalau sekiranya pendapat ulama dahulu boleh dibuku dan disebarkan kepada umum, mengapa perkembangan terbaru dalam fiqh hanya tinggal dalam bentuk fatwa yang terhad edarannya bahkan ada yang tidak didokumentasikan dan kekal dalam bentuk manuskrip. Keadaan begini perlu diatasi segera.
Pemerintah boleh menaikan peranan dalam memperkembangkan fiqh secara sistematik. Ini dapat dilihat dari tindakan yang dibuat oleh pemerintah Islam di India pada suatu ketika dan pemerintah Kerajaan Islam Osmaniyah di Turkey.
Dalam kurun ke-17M (lIH) Awrangreb (1618-1706), salah seorang sultan yang memerintah India, telah memerintah supaya membuat koleksi fatwa-fatwa. Beliau telah membentuk satu jawatankuasa yang terdiri daripada ulama yang terkenal yang diketuai oleh Shaikh Nizam. Jawatankuasa ini telah berjaya melahirkan buku yang dikenali sebagai “alFatawa al-Hindiyah” yang mengandungi enam siri. Al-Fatawa ini masih dianggap sebagai satu sumbangan yang besar terhadap ilmu fiqh mazhab Hanafi. Kitab ini .sampai kepada kita kerana ianya dicetak dan diedarkan.
Pemerintah Kerajaan Osmaniyah Turkey telah mengadakan satu “Civil Code”. Dengan itu satu Jawatankuasa yang terdiri daripada tujuh orang ulama telah ditubuhkan. J awatankuasa ini dipengerusikan oleh Ahmad J awdat Pasha, Pengarah Biro Perundangan. Kod ini di antara lain bertujuan untuk memuatkan pendapat-pendapat fuqaha berhubung dengan bidang Undang-undang Sivil.
Kerja untuk mengkodifikasikan Undang-Undang Sivil ini bermula dalam tahun 1869M dan siap dalam tahun 1876M. Kod ini telah diberi nama Majelle al-Ahkam al-Adliyah. Majelle ini diambil secara keseluruhannya dari buku Zahir al-Riwayah, tetapi disusun dengan cara penulisan Undang-undang moden yang mengandungi sebanyak 1,851 perkara. Kandungan buku ini adalah diasaskan kepada mazhab Hanafi. Apabila negara Turkey yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Ataturk, beliau telah mengenepikan Mejelle ini, yang merupakan satu-satunya Undangundang Islam yang dikodifikasi dengan menggantikan dengan Undangundang Sivil Switzerland (Swiss Civil Code). Ini berlaku dalam tahun 1927. Mengikut kajian yang dilulis oleh seorang peguam bernama Subhi Mahmassani, kitab Mejalla telah mempengaruhi kedudukan fiqh di beberapa buah negara Arab. Bahkan negeri Johor pada satu ketika telah menjadikan Mejallah sebagai buku undang-undang yang dipakai di mahkamah di negeri Johor. Sayangnya masyarakat Turkey sendiri tidak memandang tinggi akan kitab ini.
Kedudukan Institusi kadi dan mufti sebagai pihak yang berwibawa dalam menghuraikan dan memberi tafsiran mengenai sesuatu isu atau masalah telah diberi peng iktiraf sejak dahulu lagi. Sehinggakan sebahagian daripada kandongan Teks “Hukum Kanun Melaka” memuatkan hukum fiqh. Sudah tentu ia tidak akan dimuatkan jika ketika itu ulama atau kadi tidak diberi pengiktirafan. Apabila datang penjajah, walaupun kedudukan mereka diiktiraf, peranan mereka disempitkan.
Pada zaman penjajah hukum syarak telah mulai dikembangkan oleh mahkamah oleh hakim-hakim yang bukan Islam. Dalam keadaan tertentu sahaja kadi atau mufti dipanggil untuk memberi keterangan tentang kedudukan hukum syarak. Setelah negara mencapai kemerdekaan, Mahkamah Sivil masih ada bidangkuasa dalam memperjelaskan kedudukan sesuatu kes yang mengenai hukum syarak. Bagaimanapun dengan perubahan yang berlaku, kedudukan kadi dan mufti jauh lebih baik jika dibandingkan dengan zaman penjajah. Kedudukan mereka telah diberi pengiktirafan undang-undang. Kadi diberi kuasa untuk menghukum dan memperkembangkan hukum syarak dan mufti pula telah diberi kuasa untuk memperjelas dan memberi fatwa dalam sesuatu mengenai hukum syarak.
Pada hari ini hukum fiqh di negara ini telah diperkembangkan melalui cara-cara yang formal dan tidak formal. Terdapat beberapa institusi seperti Mahkamah Syariah dan mufti yang diberikan tanggujawab untuk .memperjelaskan dan mengtafsirkan hukum syarak. Begitu juga terdapat beberapa Lembaga Syariah yang ditubuhkan oleh pihak-pihak tertentu seperti Lembaga Syariah Bank Islam, Lembaga Syariah Bank Rakyat, Lembaga Syariah MNI Takaful dan sebagainya. Lembagalembaga Syariah ini ditubuhkan bagi memenuhi kehendak yang dihadapi oleh institusi tersebut. Bagaimanapun pandangan Lembaga Syariah berkenaan tentang hukum syarak tidak disebarkan kepada umum.
Diperingkat kebangsaan terdapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan Jawatankuasa Teknikal undang-undang syarak dan sivil. Jawatankuasa Teknikal ini telah memainkan peranan yang besar dalam memperkembangkan dan menderaf hukum syarak dalam bentuk perundangan moden untuk digunakan oleh mahkamah syariah. Jawatankuasa ini ditempatkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Islam. Jabatan Perdana Menteri. Telah banyak deraf undang-undang yang diadakan dan diantaranya telah dijadikan undang-undang.
Forum yang biasa digunakan dalam menangani isu-isu semasa adalah Jawatankuasa Fatwa Majlis kebangsaan melalui muzakarah mufti-mufti. Mufti dalam muzakarah ini akan memberi padangan masing-masing. Apabila mendapat persetujuan, pandangan tersebut dideraf untuk diterima oleh mufti negeri sebagai fatwa yang sah dan mengikat. Adalah keterlaluan jika kita katakan mereka ini tidak peka dan tidak berwibawa dalam mengatasi isu semasa. Mereka telah menjalankan tugas mereka dengan bijaksana. Kita tidak perlu kepada ulama yang agresif dalam memberikan fatwa tentang sesuatu isu. Dalam menangani isu yang boleh menimbulkan kontrovesi dan menyentuh malahat awam patutlah dibincangka secara lebih teliti dan sistematik.
Perkembangan fiqh di negara ini perlu kepada pendekatan yang baru, sama ada dari segi penyelidikan, penerbitan, penulisan dan terjemahan serta penyatuan fikiran. Telah sampai masanya negara kita mempunyai sebuah akademi fiqh. Supaya dengan tertubuhnya akademi itu akan dapat memperkembangkan fiqh dengan lebih denamik, efektif, sistematik dan meyeluruh dalam bidang-bidang yang disebutkan. Dengan demikian akan dapat memberi imej baru kepada ulama di negara ini.