Dalam ayat 21, surah ar-Rum, menunjukkan bahawa perkahwinan memberikan ketenangan hati dan emosi kepada suami-isteri yang merupakan asas kepada kesejahteraan hidup mereka keseluruhannya. Dengan ketenangan hati dan emosi itu mereka dapat melaksanakan segala peranan yang lain dengan lebih baik, berkesan dan produktif.
Peranan-peranan yang dimaksudkan itu ialah peranan mereka sebagai individu, ahli keluarga, pekerja dan ahli masyarakat. Namun, untuk tajuk ini, memadailah kita melihat bagaimana kesejahteraan keluarga individu dapat menyumbang kepada penghasilan kerjanya.
Jika kita lihat kepada kajian di Barat, dalam memperkatakan tentang keluarga dan pekerjaan, mereka lebih cenderung untuk melihat bagaimana pekerjaan memberi kesan kepada keluarga. Pekerjaan memberi kesan yang negatif bila mana elemen-elemen di dalamnya menjejaskan hubungan dalam keluarga. Misalnya, pekerja yang tertekan di pejabat menjadi suami dan ayah yang garang di rumah atau pekerja yang tidak pandai menguruskan masa menyebabkan suami dan anak-anak merasa terpinggir dan diabaikan. Namun, ada juga yang melihat pekerjaan memberi kesan yang positif kepada keluarga bila mana pendapatan yang diperoleh meningkatkan lagi kualiti hidup keluarga tersebut.
Jika ada yang melihat pekerjaan menyumbang kepada kesejahteraan keluarga, ayat di atas melihat hubungan pekerjaan dan kehidupan keluarga ini dengan cara yang sedikit berbeza. Ayat tersebut berpendapat, kesejahteraan keluargalah yang menyebabkan seorang individu dapat menjadi pekerja yang lebih baik.
Jadi, tidak hairanlah jika ada di kalangan rakan-rakan kita yang datang ke pejabat dengan muka yang masam, murung dan tidak ceria – lain daripada kebiasaannya.
Kalau dia seorang jurutaip, pada hari itu, kesilapan dalam taipannya lebih banyak daripada biasa. Jika ia seorang guru, dia mungkin lebih garang daripada biasa. Kalau dia pekerja kaunter, dia mungkin kurang mesra dalam melayan orang yang datang berurusan. Malah, banyak lagi contoh lain yang pernah kita saksikan dalam kehidupan seharian kita. Ternyata, masalah rumah tangga sebenarnya memang mempengaruhi produktiviti pekerja.
Oleh itu, jika majikan mahukan produktiviti yang baik, mereka juga perlu memberi perhatian kepada keluarga pekerja. Tambah pula, kita bercakap tentang manusia yang ada perasaan. Melainkan pekerja kita itu robot, amat sukar untuk mereka mengasingkan masalah peribadi dengan tugas seharian.
Jadi, apa yang boleh dilakukan oleh majikan? Majikan boleh memberikan pengetahuan tentang kemahiran berkeluarga kepada pekerjanya. Ini kerana, walaupun keluarga merupakan satu unit sosial yang paling asas, namun tidak ramai yang tahu bagaimana untuk mengendalikannya. Kita jarang sekali diajar tentangnya, tetapi setiap orang perlu melaluinya.
Walaupun ada kursus praperkahwinan namun kita tidak dapat membayangkan masalah rumah tangga sehingga kita hidup bersama. Maka ilmu dan kemahiran berkeluarga yang berterusan adalah perlu agar ahli masyarakat dapat menghayatinya.
Oleh itu, majikan boleh menghantar pekerjanya untuk menghadiri kursus-kursus yang boleh memberi kemahiran berkeluarga. Adalah diharapkan dengan pengetahuan yang diterima mereka dapat mewujudkan hubungan keluarga yang lebih baik, bahagia dan stabil dan pada masa yang sama dapat menyelesaikan masalah keluarga dengan cara yang lebih bijak. Ini akan menyumbang kepada kesejahteraan keluarga mereka dan seterusnya pekerja dapat hadir ke pejabat dengan hati yang lebih tenang, ceria dan bersemangat untuk menjalankan tugas.
Memanglah, secara logiknya, mereka yang ingin membaiki keadaan keluarganya perlu mengambil inisiatif mereka sendiri. Namun keadaan ini mewujudkan masalahnya sendiri. Pertama, bagi keluarga yang susah, yuran kursus adalah lebih baik digunakan untuk kegunaan keluarga.
Kedua, bagi yang tidak berminat dengan apa yang berlaku dalam keluarganya, sudah pasti tidak akan menghadiri kursus-kursus seperti ini. Akibatnya, keluarganya akan terus porak-peranda. Sebagai majikan, apakah kita tidak terganggu dengan keadaan ini?
Ketiga, mereka yang mengambil inisiatif sendiri biasanya terdiri daripada mereka yang memang mengambil berat tentang keluarga. Jadi dalam kes ini kita seolah-olah preaching to the converted atau dalam bahasa Melayunya, mengajar itik berenang. Akibatnya, mereka yang tidak mempunyai masalah keluarga akan terus sejahtera, sebaliknya, mereka yang mempunyai masalah keluarga akan terus berada dalam keadaan yang bermasalah. Tambahan pula, yang biasa hadir ke kursus-kursus seumpama ini adalah perempuan sedangkan lelaki juga ada peranannya dalam hal ini.
Sebaliknya, jika majikan menghantar pekerjanya secara bergilir-gilir, semuanya akan hadir kursus. Tidak kira yang bergaji kecil atau besar, yang mengambil berat hal keluarga atau tidak, yang mempunyai masalah dalam keluarga atau tidak, yang lelaki, mahupun perempuan.
Dengan cara ini, semua lapisan masyarakat dapat didedahkan kepada kemahiran berkeluarga dan ini sudah pasti dapat menyumbang kepada kesejahteraan institusi keluarga di negara ini.
Perlaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang memberi ruang kepada pekerja untuk mengembangkan ilmu dan potensi diri juga perlu melihat kursus-kursus kemahiran berkeluarga ini sebagai satu ruang yang baik untuk pekerja membaiki diri dan keluarga mereka.
Kehadiran mereka ke kursus-kursus seumpama ini perlu digalakkan dan diiktiraf kerana akhirnya ia juga akan menyumbang kepada produktiviti negara.Dalam ayat 21, surah ar-Rum, menunjukkan bahawa perkahwinan memberikan ketenangan hati dan emosi kepada suami-isteri yang merupakan asas kepada kesejahteraan hidup mereka keseluruhannya. Dengan ketenangan hati dan emosi itu mereka dapat melaksanakan segala peranan yang lain dengan lebih baik, berkesan dan produktif.

Kehadiran mereka ke kursus-kursus seumpama ini perlu digalakkan dan diiktiraf kerana akhirnya ia juga akan menyumbang kepada produktiviti negara.