Adakah golongan profesional kita cukup ilmu?
Apabila merujuk kepada profesional, kita maksudkan seseorang yang bertugas dalam satu bidang atau profesion yang memenuhi kriteria tertentu.
Ambil bidang kejuruteraan sebagai contoh. Untuk menjadi jurutera, seseorang perlu belajar kejuruteraan sekurang-kurangnya hingga ke peringkat ijazah. Pengajian kejuruteraan ini perlu diakreditasi oleh Lembaga Kejuruteraan Malaysia (BEM), menerusi Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC). Hanya mereka yang mengikuti program-program yang diakreditasi boleh menerima ijazah kejuruteraan.
Di negara ini, kursus yang ditawarkan bagi para pelajar kejuruteraan lazimnya mengambil masa antara empat tahun (bagi mereka yang masuk selepas matrikulasi atau STPM) dan lima tahun (bagi mereka yang masuk selepas SPM).
Di negara-negara lain, khasnya Jerman dan Rusia, tempoh itu mungkin lebih lama, sehingga enam atau tujuh tahun, untuk dilatih sebagai jurutera.
Jika penuntut kita ditanya hal ini (perlu diingatkan mereka perlu belajar selama lima atau enam tahun), mungkin mereka akan menjawab, ‘Ya’. Tetapi itukah hakikat sebenarnya? Adakah pendidikan dan latihan yang diterima oleh para profesional ini (termasuk jurutera, doktor, arkitek, juruukur, peguam, akauntan dan pengurus) cukup bagi mereka menampung tugas sebenar?
Adakah mereka bersedia untuk bertugas dengan peringkat pengetahuan ini, kemahiran dan profesionalisme? Tanggungjawab seorang profesional bukan sahaja memerlukan mereka memiliki pengetahuan yang cukup dalam bidangnya, tetapi juga sifat tugas yang memerlukannya memiliki keazaman tinggi untuk membuat keputusan yang tepat.
Terdapat kes-kes di mana memerlukan para profesional untuk memikirkan di luar batasan. Oleh itu, memandangkan cabaran yang dihadapi oleh para profesional, badan-badan profesional perlu meneliti pendidikan dan pembangunan profesional anggota-anggota mereka.
Mereka tidak boleh berhenti daripada berlatih dan belajar selepas menerima ijazah kerana teknologi dan penemuan baru bukan statik dan perlu dikemas kini secara berterusan.
Selain daripada itu, para profesional perlu sentiasa mencari jalan dalam membina jati diri, amanah, berpegang kepada keputusan, dan sebagainya yang akan memuliakan lagi profesion masing-masing.