Setiap kali berlaku perbalahan dalam masyarakat lslam, maka sekian kali pulalah umat lslam diumbang-ambingkan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran yang segera membentuk persepsi dan kefahaman mereka yang berbeza-beza, atau mengambil kesimpulan dan hukuman yang terlalu awal untuk menjustifikasikan pendirian masing-masing. Malah dalam keadaan demikian, pihak-pihak yang bertelagah akan segera mengeluarkan fatwa masing-masing untuk menggambarkan kebenaran mereka.
Hal ini berlaku di dalam berbagai-bagai krisis yang dihadapi oleh umat lslam di seluruh dunia. Ketika berlaku krisis di antara Iraq dan Kuwait, Iraq dan Iran, dan krisis lain yang melibatkan negara dan kerajaan atau kumpulan-kumpulan yang tertentu sesama lslam, maka masing-masing akan mendakwa bahawa pihaknya berada di atas kebenaran, dan pihaknya berjuang kerana agama dan perintah Allah.
Pihak-pihak yang terlibat dalam krisis dan perbalahan itu akan mendakwa bahawa mereka sedang berjihad kerana AIlah untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.
Ayat al-Quran yang sering dipetik dalam konteks ini ialah dari surah Al-Hujurat, ayat sembilan yang bermaksud:
Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka demikianlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu membuat aniaya terhadap golongan yang lagi satu, maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah) maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlaku adillah, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.
Ayat ini jelas merangka agenda perdamaian dan proses sewajarnya yang harus diambil oleh pihak-pihak yang berperang atau berkrisis untuk mencari kebenaran dan keadilan, iaitu berdasarkan hukuman Allah yang telah ditetapkan.
Tetapi yang menjadi persoalan dalam masyarakat lslam ialah sikap dan pendirian pihak-pihak yang bertelagah yang segera mengambil pendirian bahawa pihaknya sahaja yang betul dan pihaknya sahaja yang sedang berada di atas landasan agama Allah, oleh itu ia merasakan bahawa ia berhak memerangi pihak yang lagi satu untuk menegakkan apa yang dikatakan kebenaran dan keadilan mengikut persepsinya sendiri.
Di sinilah timbulnya pentafsiran-pentafsiran sendiri yang mengatakan bahawa ia sedang berjihad menentang kebatilan dan kemungkaran seperti yang pemah berlaku dalam krisis yang membawa kepada pertumpahan darah dan pembunuhan sesama sendiri di kalangan golongan-golongan lslam yang berjuang sesama seagama.
Yang lebih memberatkan keparahan dan kepadahan kepada umat lslam dalam keadaan ini ialah kelahiran terlalu banyak hakim dan mufti yang memberikan hukuman dan petua mendahului hukum dan petua pihak yang berwibawa dan berwajib.
Para hakim dan mufti yang tidak bertauliah inilah yang akan menjaja ke sana sini hukuman dan petuanya unfuk mempengaruhi orang awam yang biasanya akan menerima saja tanpa berfikir panjang, terutamanya apabila hukuman dan petua itu dibuat atas nama agama.
Hal ini sebenarnya memberikan implikasi buruk terhadap moral dan maruah umat lslam, dan membayangkan kecetekan hikmah umat lslam dalam menghadapi sesuatu krisis. Umat lslam akan menjadi kasar dan keras, tidak beretika dan bermoral lagi, terutamanya dalam menghadapi golongan yang lain, yang dianggapnya sebagai musuh yang paling ketat sekali.
Maka ketika inilah golongan Yahudi, Nasrani dan Musyrikin akan mengambil kesempatan untuk mencurahkan minyak di atas api yang sedang marak membakar, dan menambahkan parah ke atas perpecahan yang sedang berlaku di kalangan umat lslam.
Ketika umat lslam amat padu, bersatu di bawah kepimpinan Rasulullah S.A.W. pun, umat lslam diingatkan Allah tentang bahaya kaum Yahudi, Nasrani dan Musyrikin yang akan mengambil kesempatan untuk memperkotak-katikkan mereka dan menjauhkan mereka dari agama lslam, maka apatah lagi di zaman global dan moden yang menyaksikan pergolakan demi pergolakan dalam masyarakat lslam, maka sudah semestinyalah musuh-musuh lslam akan mengerahkan segala daya pemikiran dan tenaga mereka untuk memecah-belahkan umat lslam secara berterusan.
Tentang golongan Yahudi dan Nasrani, Allah berfirman dalam surah AI-Baqarah, ayat 120 yang bermaksud:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu (wahai Muhammad) hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah “petunjuk Allah itulah petunjuk” (yang sebenamya). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah datangnya pengetahuan kepada kamu, maka Allah tidak lagi mejadi pelindung dan penolong bagimu.
Tentang golongan Musyrikin pula, Allah menyebut akan tindakan mereka di dalam surah AI-Baqarah, ayat 217 yang bermaksud:
Mereka tidak henti-hentinya akan terus memerangi kamu, sehingga mereka dapat mengembalikan kamu dari agama kamu (kepada kekufuran) sekiranya mereka dapat.
Maka inilah ancaman-ancaman Yahudi, Nasrani dan Musyrikin yang sekarang ini menjelma dalam gerakan-gerakan yang berbeza-beza, atas berbagai-bagai nama yang berlainan pula, untuk menggugat kestabilan umat lslam dan mengancam kewujudan serta kesepaduan nya. Ancaman musuh lslam ini akan lahir dalam semua bidang dan aspek pembangunan dunia moden seperti ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan lain dengan menggunakan berbagai rupa dan bentuk ilmu bagi tujuan memanupulasikan kebenaran, menggawatkan ekonomi dan sosial, dan menyokong secara berpura-pura untuk mengaburi mata umat lslam. Mereka akan menggula-gulakan umat lslam dalam berbagai-bagai cara dan rupa, dan akan menggunakan segala kebijaksanaan dan kemampuan mereka yang amat licin dan bijak.
Maka orang lslam yang mempunyai agenda dan kepentingan sendiri, atau yang tertipu dengan taktik dan pengaruh mental mereka, akan terus bersekongkol dengan mereka, akan bekeriasama dengan mereka, akan mencintai media mereka dan akan terikut-ikut dengan cara mereka memusuhi dan menghinakan insDtuasi dan kepimpinan lslam dan negara sendiri. Pada masa ini umat lslam akan menjadi golongan yang malang tetapi sombong seperti kata pepatah, “menang sorak kampung tergadai.”!