TUN ABDULLAH BIN AHMAD BADAWI
Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai Pengerusi IKIM berkuatkuasa pada 1 September 2009. Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Malaya menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5 pada 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009. Selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri, Tun Abdullah dilantik sebagai Penasihat kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Penaung Pengasas kepada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) dan Penaung kepada Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS). Di peringkat antarabangsa, Tun Abdullah merupakan ahli lembaga kepada InterAction Council, Boao Forum for Asia (BFA), dan Asian Peace and Reconciliation Council (APRC).
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi was appointed as IKIM Chairman with effect from 1 September 2009. Graduated with a Bachelor of Arts in Islamic Studies from the University of Malaya, Tun Abdullah served as the 5th Prime Minister of Malaysia from 31 October 2003 until 3 April 2009. Upon relinquishing his Premiership, Tun Abdullah was appointed as Advisor of Malaysian Airlines (MAS) and Patron Founder of World Islamic Economic Forum (WIEF) and Patron of the Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS). At the international level, Tun Abdullah is a Board member of InterAction Council, Boao Forum for Asia (BFA), and Asian Peace and Reconciliation Council (APRC).