Sistem Pendidikan Kita Perlu Dirombak Demi Melahirkan Insan Beradab
Kebimbangan terhadap arah tuju sistem pendidikan negara kini semakin mendesak. Apabila Perdana Menteri sendiri menyebut bahawa sistem pendidikan negara kita “cacat,” ia bukanlah satu kenyataan retorik politik, tetapi satu teguran yang sangat bermakna — tanda bahawa sudah tiba masanya kita menilai semula apakah pendidikan kita benar-benar mendidik manusia, atau sekadar menghasilkan tenaga kerja untuk ekonomi.

