>>Terkini
 
 



HARI SUKANEKA KELAB IKIM 2006


Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, pada tahun ini Kelab IKIM telah mengadakan acara sukaneka bagi menggantikan sambutan Hari Keluarga yang sudah menjadi acara tahunan bagi kesemua pegawai dan kakitangan IKIM. Sungguhpun sambutan Hari Keluarga tidak diadakan, Kelab IKIM telah berusaha untuk menggantikan acara tersebut sebagai tanda penghargaan kepada pegawai dan kakitangan IKIM yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh iltizam dan keikhlasan. Oleh itu, bertempat di Dewan Makan Blok D, pada16 September yang lalu, Hari Sukaneka Kelab IKIM 2006 telah pun berlangsung. Antara acara yang menarik dipertandingkan pada tahun ini ialah pencarian harta karun, makan epal tergantung, timbang bola, pakaian beragam untuk kanak-kanak dan banyak lagi. Acara penuh meriah ini berakhir dengan cabutan bertuah. Kelab IKIM bagi pihak warganya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja-penaja yang telah berbesar hati menyumbangkan hadiah.

 

 

 

 

 

 

 


 
 
 
   
 
 
© 2005 Kelab Kebajikan Institut Kefahaman Islam Malaysia