PENGHAYATAN ISRAK MIKRAJ

Dalam meneruskan kesinambungan abad ke-21 ini, umat islam tidak seharusnya meminggirkan rentetan sejarah silam yang telah banyak memberi panduan kepada umat sejagat untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini. Apatah lagi kalau sejarah silam itu masih berterusan sinarnya menyuluh ke lubuk hati insan yang impikan segala kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Walaupun sudah menjangkau lebih 1417 tahun lamanya namun peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oieh Nabi Muhammad s.a.w. tetap tidak akan dilupakan oleh umatnya kerana banyak pengajaran yang perlu dipelajari daripada peristiwa itu…