Pengurusan Harta Dalam Islam

Allah s..w.t. berfirman dalam al-Quran al-Karim, surah Luqman, ayat 20 yang bermaksud: Tidakkah kamu perhatikan, sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kepentinganmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmatNya lahir dan batin. Islam meletakkan harta sebagai salah satu keperluan asasi di dalam kehidupan manusia. Bagi memenuhi tuntutan tersebut,…

PENGHAYATAN ISRAK MIKRAJ

Dalam meneruskan kesinambungan abad ke-21 ini, umat islam tidak seharusnya meminggirkan rentetan sejarah silam yang telah banyak memberi panduan kepada umat sejagat untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini. Apatah lagi kalau sejarah silam itu masih berterusan sinarnya menyuluh ke lubuk hati insan yang impikan segala kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Walaupun sudah menjangkau lebih 1417 tahun lamanya namun peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oieh Nabi Muhammad s.a.w. tetap tidak akan dilupakan oleh umatnya kerana banyak pengajaran yang perlu dipelajari daripada peristiwa itu…

PERPADUAN KE ARAH ‘KHAYRA’ UMMAH

Warga dunia Islam sepakat mengakui bahawa negara Malaysia adalah satu role-model yang boleh disifatkan sebagai perintis ke arah kebangkitan semula Islam yang selama ini dipandang serong oleh pihak barat. Walaupun ianya hanya sebuah negara kecil di rantau Asia Tenggara berbanding dengan negara-negara Arab yang besar di Timur Tengah namun Malaysia ternyata mampu memikul tugas mengembalikan martabat umat Islam sebagai Khayra Ummah dengan kestabilan politik dan ekonomi yang terancang, perpaduan yang semakin kukuh, pendidikan yang bersepadu dan program keislaman yang menuju ke arah kesyumulan serta kesungguhan dalam menanqani permasalahan masyarakat yang masih belum terlambat untuk ditangani. Pun begitu, masyarakat Islam di Malaysia tidak seharusnya “kembang hidung” apabila menerima pujian dari negara lain kerana masih ada beberapa cabaran utama yang mereka harus selesaikan demi memantapkan lagi kedudukan mereka agar kelahiran generasi Khayra Ummah tidak terbantut…