ISLAM DALAM INTERNET

Saya menerima beberapa pucuk surat E-Mail yang memberitahu tentang wujudnya beberapa kempen dalam internet memburuk-burukkan Islam, menghina dan mempersenda-sendakan Islam. Surat-surat ini melahirkan rasa bimbang bahawa dalam zaman informasi, komputer dan teknologi maklumat ini, kempen-kempen yang berunsur anti-Islam itu ditakuti akan mengelirukan pemikiran dan persepsi generasi muda Islam tentang kebenaran agamanya, dan lebih-lebih lagi dalam…