Terharu dengan Pengakuan Pemimpin
SATU sifat baginda Rasulullah s.a.w yang amat wajar diteladani dalam menghadapi zaman-zaman gawat dan resah gelisah yang melanda masyarakat kita kini, pada pandangan saya ialah sifat memaafkan kesalahan orang lain dan bertolak ansur ketika menghadapi kerenah manusia. Dalam sejarah baginda Rasulullah s.a.w tercatat satu peristiwa yang penuh dengan keagungan rasa hati dan membangkitkan emosi manusia…