Harapan dari Tanah Suci

Sememangnya ibadat haji memerlukan tenaga dan pemikiran yang kental, sekaligus memerlukan kesabaran dan ketenangan. Semasa saya menulis artikel ini, umat Islam baru sahaja selesai menyempurnakan ibadat haji dengan berakhirnya acara melontar jamrah pada hari ke-13 Zulhijjah dan selamat menunaikan tawaf dan sa’i haji. Tawaf dan sa’i selepas melontar jamrah merupakan satu kerja yang amat mencabar.…