Jalinan Etika, Agama, Ilmu Tentukan Keamanan Dunia

UNDANG-UNDANG memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Ini kerana sifat manusia itu yang lemah mengawal kehendak nafsunya. Wujudnya undang-undang adalah berasaskan kepada amalan, persetujuan, perjanjian, norma prinsip dan injunksi mahkamah.  Apabila semua perlakuan ini diformalkan, terbentuk satu peraturan yang dinamakan undang-undang. Apabila kita menyebut undang-undang, melanggarinya akan menjadi satu kesalahan besar yang bersamanya hukuman dijatuhkan…