Lakukan Perjalanan Jauh Seperti Musafir

`BIAR lambat asalkan selamat’ adalah di antara kata-kata nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Dalam nada yang penuh harapan beliau merayu supaya pemandu-pemandu lebih berhati-hati dan berhemah memandangkan kemalangan yang melibatkan kematian semakin bertambah. Beliau kelihatan sedih bercampur marah apabila mendengar…