Langkah Mengukuh Daya Kanak-kanak
Harapkan pagar, pagar makan padi – itulah peribahasa Melayu bagi menggambarkan kekecewaan mereka terhadap orang yang bukan sahaja gagal melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka, malah mereka pula yang mensia-siakan amanah tersebut. Inilah yang berlaku kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa rogol, sumbang mahram dan jenayah seksual yang lain. Kanak-kanak merupakan amanah kepada masyarakat dan menjadi…