Pengesahan Halal Beri Kelebihan Peringkat Global
PADA Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan Standard Halal Malaysia MS1500:2004. Piawaian itu mengandungi garis panduan praktikal bagi industri makanan terutama berkaitan penyediaan dan pengendalian makanan halal. Pengenalan MS1500:2004 dilihat sebagai pelengkap kepada sijil dan logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana ia mengambil kira unsur pematuhan…