Pendekatan Kepada Budaya Niaga

Usaha negara untuk mewujudkan masyarakat komersial dan pengindustrian bumiputera memerlukan kepada satu pendekatan yang menyeluruh dan mantap. Justeru itu penekanan yang khusus kepada pembentukan sikap dan pembinaan akhlak peribadi yang cekap dan luhur adalah prasyarat yang penting. Kecapaian sifat tersebut akan menjamin usahawan dapat berperanan secara efektif, mampu bersaing dan menjadi penentu kepada kejayaan ekonomi…