Pemimpin dan Rakyat bagi Negara Terbaik
Dalam karya besarnya, Al-Madinah al-Fadilah, yang merupakan sumbangan amat bernilai dalam bidang siasah, al-Farabi (m.d. 339H./950M.) antara lain menjelaskan ciri-ciri penting negara yang terbaik, iaitu peranan pemimpin yang dilaksanakan dengan sempurna dan cemerlang, akhlak serta nilai yang menjadi pegangan rakyat selain struktur pentadbiran yang utuh. Amat menarik jika diteliti pandangan yang diutarakan oleh tokoh kelahiran…