Ibadah Puasa dan Matlamat Hidup Beragama
Khalifah kedua, Umar ibn al-Khattab r.a. yang terkenal dengan keteguhan peribadi dan kecemerlangan pemerintahannya memberikan dorongan yang besar kepada rakyatnya untuk sentiasa berpuasa, sama ada puasa Ramadan atau selainnya. Dalam melaksanakan ibadah tersebut, beliau mengingatkan mereka, “Berpuasa bukan semata-mata (menahan diri) daripada makan dan minum tetapi sebaliknya juga (menahan diri) daripada pendustaan, kebatilan, dendam (dalam…