Bermuhasabah perihal Muhasabah
Ramadan 1435 Hijriah tinggal kurang-lebih seminggu lagi. Sudah kerap dinasihatkan agar muhasabah diri (muhasabat al-nafs) dipergiatkan sepanjang bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini. Malangnya, sebagaimana yang lumrah berlaku pada perkara-perkara yang lazim dituturkan, makna dan semangat asal peringatan sedemikian mudah hilang atau dialpakan. Yang tinggal hanya laungan kata-kata sebagai bunyi penghibur telinga semata. Sesungguhnya…