Isu Dalam Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah

Apabila negeri Terengganu menguar-uarkan penguatkuasaan Seksyen 34 dan 35 Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) 2001, umat Islam secara umumnya menyokong supaya mana-mana orang Islam yang melakukan perbuatan tidak sopan (Sek. 34) dan mendedahkan tubuh di khalayak awam (Sek. 35), supaya dikenakan tindakan mengikut peruntukan yang terkandung dalam undang-undang berkenaan. Tindakan berkenaan secara tidak langsung menemukan bahawa…

Keperluan Undang-undang Pencegahan Keganasan

Dua tanggungjawab utama kerajaan ialah mempastikan kedaulatan negara dan menjaga keselamatan rakyat yang terangkum di bawah frasa ketenteraman awam. Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, Kerajaan hendaklah memikirkan tentang ancaman, dan seterusnya bersedia menghadapi apa juga kemungkinan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menyediakan prasarana yang cukup untuk menangani sebarang kemungkinan ancaman tersebut. Dalam perkembagan semasa dunia dan negara,…