SIDANG MEDIA DRAMA KHAS RAMADAN IKIMfm

IKIMfm telah menerbitkan Drama Khas Ramadan yang bertajuk “Sesuci Tautan Ramadan” yang mana penerbitan drama seumpama ini merupakan tahun kelima bagi IKIMfm.  Sehubungan itu satu sidang media telah diadakan pada 16 Mei. Skrip drama sebanyak 20 episod ini telah ditulis oleh Sharifah Faneeza Sayed Yeop, manakala penerbitnya adalah Nik Hasnah Ismail. Drama ini disiarkan pada…

SYARAHAN UMUM “SCIENCE OF TAWHID (ILM AL-KALAM): A RENEWED ENGAGEMENT BETWEEN RELIGION AND SCIENCE”

Program yang diadakan pada 27 April ini merupakan kerjasama dengan Kalam Research and Media (KRM&M) dan Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI). Prof. Dr. Basil Altaie telah menyampaikan syarahan bertajuk “Science of Tawhid (llm-al Kalam): A Renewed Engagement between Religion and Science”.  Ucapan aluan telah disampaikan oleh Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM.

Bengkel Kesihatan Mental Pekerja (KMP): ”Menangani Sindrom ’Burnout’ Di Pejabat”

Bengkel ini telah diadakan pada 25-26 April di IKIM. ‘Burnout’ tidak hanya melanda dalam kalangan pekerja yang berkomitmen tinggi terhadap kerja, ia juga boleh berlaku dalam kalangan pekerja yang sentiasa bertanggapan negatif terhadap kerja. Objektif bengkel ini adalah untuk mendedahkan para peserta kepada tekanan dan ‘burn out’ di tempat kerja; memberikan kefahaman tentang tanda dan…