Bengkel ini telah diadakan pada 25-26 April di IKIM. ‘Burnout’ tidak hanya melanda dalam kalangan pekerja yang berkomitmen tinggi terhadap kerja, ia juga boleh berlaku dalam kalangan pekerja yang sentiasa bertanggapan negatif terhadap kerja.
Objektif bengkel ini adalah untuk mendedahkan para peserta kepada tekanan dan ‘burn out’ di tempat kerja; memberikan kefahaman tentang tanda dan implikasi ‘burn out’ di tempat kerja; meningkatkan kemahiran peserta dalam teknik pengurusan emosi dalam menghindari ‘burn out’ di tempat kerja dan menjelaskan tentang kepentingan kesejahteraan spiritual dalam mengurus ‘burn out’ di tempat kerja.