IKIMfm telah menerbitkan Drama Khas Ramadan yang bertajuk “Sesuci Tautan Ramadan” yang mana penerbitan drama seumpama ini merupakan tahun kelima bagi IKIMfm. Sehubungan itu satu sidang media telah diadakan pada 16 Mei. Skrip drama sebanyak 20 episod ini telah ditulis oleh Sharifah Faneeza Sayed Yeop, manakala penerbitnya adalah Nik Hasnah Ismail. Drama ini disiarkan pada 29 Mei sehingga 23 Jun setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 4.15 petang.
Drama yang mengangkat tema kekeluargaan dan hubungan sejagat semasa manudia telah dibintangi Ashraf Muslim, Diana Amir dan Mardiana Alwi. Skrip drama ditulis oleh Sharifah Faneeza Sayed Yeop seorang penulis skrip drama TV. Drama sebanyak 20 episod ini bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadan pada jam 4.15 petang dan telah ditaja oleh Muslim Care Malaysia.