Peranan Masyarakat Sivil dalam Melindungi Golongan OKU di Malaysia
Malaysia, sebagai sebuah negara yang berazam untuk menjadi negara maju pada tahun 2030, telah menunjukkan komitmennya terhadap pembangunan sosial yang inklusif. Salah satu kumpulan yang mendapat perhatian khusus dalam agenda pembangunan ini adalah golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Namun, beberapa kejadian tragis yang melibatkan golongan ini seperti kes penderaan terhadap mereka, sehingga yang membawa kepada ancaman, ugutan malah kehilangan nyawa, menunjukkan bahawa ramai masyarakat masih tidak sensitif terhadap keperluan dan hak-hak OKU.