Penganiayaan Kewangan Warga Emas: Wabak Senyap Dalam Keluarga Malaysia
Umum mengetahui Malaysia dijangka menjadi negara tua (aged nation) menjelang 2030 apabila 15% daripada populasinya berusia melebihi 60 tahun. Namun di sebalik peningkatan populasi warga emas di Malaysia yang biasanya disertai dengan naratif kesejahteraan warga emas mahupun penuaan aktif, tersembunyi satu isu serius yang jarang dibicarakan secara terbuka iaitu penganiayaan kewangan (terhadap warga emas). Ia bukan sekadar masalah peribadi atau kekeluargaan, tetapi satu krisis sosial dan moral yang memberi kesan langsung kepada maruah, keselamatan dan kelangsungan hidup golongan berusia 60 tahun ke atas.

